Ads 468x60px

Friday, July 4, 2014

CARA MENGATASI MASALAH KULIT KELEMUMUR

Ramai dikalangan kita menghadapi masalah kulit kelemumur dan rambut gugur..
Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Adakah anda tahu apakah puncanya masalah kulit berkelemumur?
Masalah kelemumur dan punca kelemumur
KELEMUMUR sebenarnya adalah masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika selepas beberapa minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit.

Ramai orang beranggapan bahawa kelemumur mempunyai kaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan anda membasuh rambut. Sebenarnya anggapan ini tidak benar. Kelemumur tetap akan berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya. Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya.

Punca sebenar kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan kulat (fungus) dikenali sebagai `pityrosporum ovale'. Kulat itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur. Kulat ini tinggal pada kulit kepala. Bagi mereka yang sihat ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Adakalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.

Golongan berisiko alami kelemumur

* Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan sehingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.

* Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini.

Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita.

Justeru, ia menyumbang kepada berlakunya masalah kelemumur.

* Rambut dan kulit kepala yang berminyak

* Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.

* Masalah penyakit berkaitan neurologi.

Punca kelemumur

* Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.

* Kulit gatal dan berminyak menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.

* Kurang bersyampu

* Masalah kulit seperti psoriasis

* Ekzema pada kulit kepala

* Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut

* Perubahan hormon

* Tekanan

* Masalah neurologi.

Secara umumnya, kelemumur boleh ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kulit. - Mayo Clinic

Marilah kita sama-sama ikhtiarkan dengan penggunan SET SYAMPOO PROSANTE!!
Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.
(1) Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
(2) Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
(3) Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
(4) Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
(5) Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
(6) Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
20130218-134103.jpg
Yang mana satu anda perlukan?
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:
Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
  1. Revitalizing Shampoo
  2. Lightweight Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
Set ini boleh digunakan secara harian.
Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:
  1. Purifying Shampoo
  2. Replenishing Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.
Jom Suburkan Rambut Anda!
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.
Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Nor Zalina bt Rosli
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Jenjarom / Telok Panglima Garang / Puchong
Shaklee ID [ No : 1076168 ]
Contact No : 013-614374
Email : ina_rosli1234@yahoo.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1076168 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Total Pageviews

Sijil Halal Shaklee

Shaklee Difference